Search This Blog

Wednesday, 3 November 2010

SEKALUNG TAHNIAH KEPADA SEMUA PESERTA ..

Akhirnya tamat lah sudah program UM Night Run Challenge 2010 yang julung-julungnya diadakan di Universiti Malaya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada para peserta kerana sudi menyertai larian amal ini .Kepada para pemenang , tahniah di ucapkan.Bagi kami, anda semua adalah pemenang kerana kesemuanya berjaya menamatkan larian masing-masing =D .Tidak juga dilupakan, Dato' M.Rajamani yang sudi menjadi tetamu VIP .Di harapkan kata-kata beliau menjadi pemangkin buat kita semua untuk terus menyertai dalam apa jua sukan yang diceburi.Terima kasih Dato' Rajamani.Di sini saya akan sertakan sedikit gambar pada malam tersebut untuk tatapan anda semua. Universiti Malaya Night Run Challenge 2010 album. Di harapkan program ini akan berterusan dengan hadiah yang lebih lumayan serta laluan yang lagi mencabar daya tahan fizikal & mental peserta. Akhir kata, saya selaku Pengarah Projek UM Night Run 2010 memohon maaf jika  terdapat kesulitan yang dialami peserta semasa program dijalankan dan insyaallah akan diperbaiki untuk program yg akan datang.Sekian, terima kasih.


p/s :Credit to all my comitee especially UM Night Run comitee (Rafiq, Hafriz, Huzaini, Rahimi , Aziz & Syakirin) yg bertungkus-lumus membantu saya dalam melancarkan lagi segala 'progress' UM Night Run 2010 .Kepada pensyarah kami En. Nor Mohd Nizam, En Md Razib Md Shah (Pengurus Besar YAKEB) , En Aminuddin M. Nasir ( Pengurus Keahlian YAKEB) , Cik Erna Achbar (Pegawai Belia & Sukan UM) terima kasih daun keladi diucapkan kerana telah banyak membantu kami dalam melicinkan lagi program amal ini.

No comments:

Post a Comment