Akhirnya tamat lah sudah program UM Night Run Challenge 2010 yang julung-julungnya diadakan di Universiti Malaya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada para peserta kerana sudi menyertai larian amal ini .Kepada para pemenang , tahniah di ucapkan.Bagi kami, anda semua adalah pemenang kerana kesemuanya berjaya menamatkan larian masing-masing =D .Tidak juga dilupakan, Dato' M.Rajamani yang sudi menjadi tetamu VIP .Di harapkan kata-kata beliau menjadi pemangkin buat kita semua untuk terus menyertai dalam apa jua sukan yang diceburi.Terima kasih Dato' Rajamani.Di sini saya akan sertakan sedikit gambar pada malam tersebut untuk tatapan anda semua. Universiti Malaya Night Run Challenge 2010 album. Di harapkan program ini akan berterusan dengan hadiah yang lebih lumayan serta laluan yang lagi mencabar daya tahan fizikal & mental peserta. Akhir kata, saya selaku Pengarah Projek UM Night Run 2010 memohon maaf jika terdapat kesulitan yang dialami peserta semasa program dijalankan dan insyaallah akan diperbaiki untuk program yg akan datang.Sekian, terima kasih.
p/s :Credit to all my comitee especially UM Night Run comitee (Rafiq, Hafriz, Huzaini, Rahimi , Aziz & Syakirin) yg bertungkus-lumus membantu saya dalam melancarkan lagi segala 'progress' UM Night Run 2010 .Kepada pensyarah kami En. Nor Mohd Nizam, En Md Razib Md Shah (Pengurus Besar YAKEB) , En Aminuddin M. Nasir ( Pengurus Keahlian YAKEB) , Cik Erna Achbar (Pegawai Belia & Sukan UM) terima kasih daun keladi diucapkan kerana telah banyak membantu kami dalam melicinkan lagi program amal ini.
University Malaya Night Run Challenge 2010
Search This Blog
Wednesday, 3 November 2010
Thursday, 28 October 2010
Salam 1 Malaysia !!
Hanya tinggal sehari untuk para peserta menyiapkan diri dari segi aspek mental dan fizikal untuk UM Night Run Challenge 2010 yang akan bermula esok. Kepada yang ingin mendaftar lagi untuk menyertai larian ini, kami telah memutuskan untuk membuka pendaftaran secara 'on the spot' pada Jumaat 29hb Oktober 2010 jam 3pm hingga 7pm dan Sabtu pada 9am hingga 12pm..Kerana masih terdapat lagi sedikit T-shirt dan nombor untuk peserta untuk dihabiskan .Jadi , rebutlah peluang untuk kita bersama-sama meriahkan malam minggu kita nanti..=D ..Sekian, terima kasih .
Monday, 25 October 2010
LAGI - LAGI BERITA TERKINI !!!
Pembayaran yuran peserta akan dilanjutkan sehingga ke 27hb Oktober 2010 . Tetapi tiada insurans akan diinsuredkan kepada peserta yang mula membayar yuran penyertaan mulai tarikh 26 Oktober sehingga 27 Oktober 2010 . Bermakna 27hb Oktober adalah hari terakhir bagi peserta untuk membuat pembayaran yuran penyertaan tanpa insurans.Sekian , harap maklum.
Sebarang pertanyaan , sila hubungi 014-6647624 (Asyraf)
P/S : Dont worry. Peserta masih lagi akan menerima Tshirt dan Glowstick secara percuma =P. Cuma tiada insurans sahaja selepas pembayaran yuran 25hb Oktober.So, kalau nak insurans sekali, terpaksalah para peserta mendaftar hari ini bersamaan 25hb Oktober 2010 =P.. Cepat-cepat .... !!!!!!!
Sebarang pertanyaan , sila hubungi 014-6647624 (Asyraf)
P/S : Dont worry. Peserta masih lagi akan menerima Tshirt dan Glowstick secara percuma =P. Cuma tiada insurans sahaja selepas pembayaran yuran 25hb Oktober.So, kalau nak insurans sekali, terpaksalah para peserta mendaftar hari ini bersamaan 25hb Oktober 2010 =P.. Cepat-cepat .... !!!!!!!
Wednesday, 20 October 2010
Tarikh tutup penyertaan dilanjutkan ke 25 Oktober 2010
Bermakna pada 25 Oktober adalah hari terakhir buat peserta membayar yuran penyertaan.Sekian, harap maklum .
Tuesday, 19 October 2010
Tshirt masih banyak lagi !!!
Terima kasih pada yang dah mendaftar .. Mana yang lain ni ?? especially UM student..takkan duduk bilik je kot menambahkan 'spare tyre' korang ...? haha....gurau je la..So, marilah beramai2 daftar untuk larian ni ..Barulah sihat tubuh fizikal dan mental ..So, cepat2 la daftar yek..
p/s : Cergas Cetus Cerdas
Thursday, 14 October 2010
Berita Terkini !!!
1) 300 peserta yang pertama mendaftar akan mendapat T-SHIRT kejohanan secara percuma .
Terima kasih diucapkan kepada YAKEB khususnya En . Md Razib Md Shah selaku Pengurus Besar Yakeb yang sudi menaja t-shirt kejohanan ini.Jutaan terima kasih diucapkan kepada beliau .
2) Majlis pelepasan peserta akan dirasmikan oleh Dato' Malek Noor yang merupakan bekas atlet bina badan negara yang telah banyak mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
2) Majlis pelepasan peserta akan dirasmikan oleh Dato' Malek Noor yang merupakan bekas atlet bina badan negara yang telah banyak mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
Subscribe to:
Posts (Atom)